• April 20, 2019

Breaking News :

Isu harga ikan tinggi, nelayan ditindas dibawa ke Kabinet

25 Mac 2019 7:26 PM

Pelbagai kementerian perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dihadapi nelayan. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Isu peningkatan harga ikan sedang nelayan tidak mendapat bayaran setimpal untuk hasil tangkapan mereka, akan dibawa untuk perbincangan Kabinet di Langkawi pada Jumaat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet itu akan berusaha mencari jalan mengatasi isu berkenaan.

Saifuddin Nasution mengulas laporan mengenai peningkatan harga ikan ekoran rantaian bekalan panjang dengan keuntungan dikaut oleh pendatang asing yang menjual ikan di pasar borong, sedangkan nasib nelayan tidak berubah.

Saifuddin berkata, selain kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bekerjasama dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dihadapi nelayan.

Isu yang turut melibatkan aspek ‘penindasan’ (ke atas nelayan) dan amalan kumpulan tertentu mengawal wilayah dalam pasar borong itu tidak akan selesai melalui tindakan oleh satu kementerian dari sudut penguatkuasaan kawalan harga sahaja, katanya.

“Tindakan berupa kerjasama erat pelbagai kementerian perlu dan jika dilakukan, ia mestilah konsisten dan tidak bermusim,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Citarasa Malaysia – Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini hari ini. – Bernama

Tag Berkaitan

Pertanian

Isu Pengguna

Barangan Pengguna

Ekonomi dan Polisi

Perniagaan dan Keusahawanan

Etika dan Moral

Pendatang Asing

Diskriminasi dan Perkauman

Kerajaan

Terkini

var articleTags = “Pertanian,Isu Pengguna,Barangan Pengguna,Ekonomi dan Polisi,Perniagaan dan Keusahawanan,Etika dan Moral,Pendatang Asing,Diskriminasi dan Perkauman,Kerajaan,Terkini”;

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet itu akan berusaha mencari jalan mengatasi isu berkenaan.

Saifuddin Nasution mengulas laporan mengenai peningkatan harga ikan ekoran rantaian bekalan panjang dengan keuntungan dikaut oleh pendatang asing yang menjual ikan di pasar borong, sedangkan nasib nelayan tidak berubah.

Saifuddin berkata, selain kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bekerjasama dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dihadapi nelayan.

Isu yang turut melibatkan aspek ‘penindasan’ (ke atas nelayan) dan amalan kumpulan tertentu mengawal wilayah dalam pasar borong itu tidak akan selesai melalui tindakan oleh satu kementerian dari sudut penguatkuasaan kawalan harga sahaja, katanya.

“Tindakan berupa kerjasama erat pelbagai kementerian perlu dan jika dilakukan, ia mestilah konsisten dan tidak bermusim,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Citarasa Malaysia – Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini hari ini. – Bernama

admin

Read Previous

Beberapa syarikat luar berminat beli kepentingan Malaysia Airlines

Read Next

Bekas pekerja Channel W gesa kerajaan ambil tindakan terhadap majikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *