• April 20, 2019

Breaking News :

Beberapa syarikat luar berminat beli kepentingan Malaysia Airlines

25 Mac 2019 10:00 PM

Penjualan sebahagian kepentingan MAB kepada firma luar secara tidak langsung dapat memulihkan syarikat. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa syarikat luar negara termasuk dari Eropah, Asia dan Asia Barat berminat untuk membeli kepentingan dalam Malaysia Airlines Bhd. (MAB), kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, mereka tidak semestinya mengambil alih keseluruhan syarikat tetapi mungkin hanya sebahagian kepentingan syarikat penerbangan nasional itu yang kini 100 peratus milik Khazanah Nasional Bhd.

“Alhamdulillah, ramai yang memilih untuk membeli saham MAB sama ada orang Asia, Eropah dan Asia Barat. Mereka telah menyatakan hasrat tersebut kepada kerajaan dan ada juga yang menulis surat kepada saya.

“Mereka (pihak yang berminat untuk membeli) boleh membuat kajian mengenai syarikat tersebut (MAB),” katanya hari ini.

Daim menjelaskan, sektor penerbangan kini semakin rumit, memandangkan dana besar dan tenaga kepakaran amat penting.

“Oleh yang demikian, jika sebahagian kepentingan MAB dijual kepada firma luar, ia akan mendapat suntikan dana dan kepakaran, secara tidak langsung akan memulihkan syarikat.

“Tiada salahnya jika orang lain nak beli saham kita. Tidak menjadi masalah, sekiranya mereka mahu membawa masuk kepakaran,” katanya.

Daim juga berkata, kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan operasi syarikat penerbangan nasional itu sebaliknya cukup sekadar menyokong melalui membantu mendapatkan hak pendaratan di lokasi strategik.

Beliau bagaimanapun berpendapat, tiada keperluan untuk meneliti semula cadangan penggabungan Malaysia Airlines dan AirAsia sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Malaysia Airlines adalah (syarikat) premium dan AirAsia adalah syarikat tambang rendah, jadi lebih baik mereka bersaing. Seterusnya memberi nilai lebih baik,” katanya.

Daim turut menegaskan, masa depan dan kebajikan kakitangan MAB perlu dikekalkan walau apa pun keputusan kerajaan kerana golongan ini akan membawa syarikat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapinya. – Bernama

Tag Berkaitan

Maklumat Syarikat

Ekonomi dan Polisi

Perniagaan dan Keusahawanan

Kerajaan

Terkini

var articleTags = “Maklumat Syarikat,Ekonomi dan Polisi,Perniagaan dan Keusahawanan,Kerajaan,Terkini”;

Beliau berkata, mereka tidak semestinya mengambil alih keseluruhan syarikat tetapi mungkin hanya sebahagian kepentingan syarikat penerbangan nasional itu yang kini 100 peratus milik Khazanah Nasional Bhd.

“Alhamdulillah, ramai yang memilih untuk membeli saham MAB sama ada orang Asia, Eropah dan Asia Barat. Mereka telah menyatakan hasrat tersebut kepada kerajaan dan ada juga yang menulis surat kepada saya.

“Mereka (pihak yang berminat untuk membeli) boleh membuat kajian mengenai syarikat tersebut (MAB),” katanya hari ini.

Daim menjelaskan, sektor penerbangan kini semakin rumit, memandangkan dana besar dan tenaga kepakaran amat penting.

“Oleh yang demikian, jika sebahagian kepentingan MAB dijual kepada firma luar, ia akan mendapat suntikan dana dan kepakaran, secara tidak langsung akan memulihkan syarikat.

“Tiada salahnya jika orang lain nak beli saham kita. Tidak menjadi masalah, sekiranya mereka mahu membawa masuk kepakaran,” katanya.

Daim juga berkata, kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan operasi syarikat penerbangan nasional itu sebaliknya cukup sekadar menyokong melalui membantu mendapatkan hak pendaratan di lokasi strategik.

Beliau bagaimanapun berpendapat, tiada keperluan untuk meneliti semula cadangan penggabungan Malaysia Airlines dan AirAsia sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Malaysia Airlines adalah (syarikat) premium dan AirAsia adalah syarikat tambang rendah, jadi lebih baik mereka bersaing. Seterusnya memberi nilai lebih baik,” katanya.

Daim turut menegaskan, masa depan dan kebajikan kakitangan MAB perlu dikekalkan walau apa pun keputusan kerajaan kerana golongan ini akan membawa syarikat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapinya. – Bernama

admin

Read Previous

Individu bergelar Datuk Seri disyaki minta rasuah RM1.8 juta dituduh esok

Read Next

Isu harga ikan tinggi, nelayan ditindas dibawa ke Kabinet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *